Tuesday, May 3, 2011

Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Beruk

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Pukul Berapa??

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

cucur udang

Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak letak udang...
Mamat : ..........

Penjual Daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."

Lembu punya Tali

Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat . Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya dikaki bangku panjang yang kami duduki. Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh .

Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....

ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa !
ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ...
AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang)

Tiba-tiba bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ... si Abu ....

ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)

Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!

Buah

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

Curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata, "Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian ia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

"Bagaimana Mat?", tanya rakannya tadi.
"Kacau je kau nie. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia...".

Bercumbu

Milah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.

Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan.....

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya saya juga teringin melakukannya," sambil memandang Minah dengan mesra.

"Silakan," balas Milah " kan kerbau-kerbau tu milikmu."

Ahli Silap Mata dan Burung

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??

surat putus cinta tijah

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya...

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat...surat tu macam ni bunyinya....hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live....Safe live......


Tijah

Kebakaran

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
"Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?"
"Api, Tuan!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.

Kawan Baik

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


Moral: Jangan gelakkan orang.

Pak Pandir

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

Salah Rompak

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

Hatta pusaka

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"