Friday, February 4, 2011

fakta 4

1.     Willey Post ialah manusia pertama yang mengelilingi dunia dengan kapal terbang.
2.     Bunga Anggerik bunga kebangsaan negara Singapura.
3.     La PAz, Bolivia ialah bandar yang tertinggi di dunia.
4.     Berlian banyak di lombong Kimberly, Afrika Selatan.
5.     Anna Harrietty Leonowens ialah wanita Eropah yang pernah menjadi guru kepada Raja Mongkut, negara Thailand.
6.     Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan selepas perang dunia kedua dan Setiausaha Agungnya yang
       pertama ialah Trygre Lie.
7.    Lapangan Antarabangsa Leonardo Da Vinci terletak di Rome Itali.
8.    Tasik terbesar di garisan Khatulistiwa ialah Tasik Victoria.
9.    Nippon Koku ialah nama lama bagi negara Jepun yang bermaksud negara Matahari Terbit.
10.  Anak Itik Hodoh, Kisah Puteri Duyung, Baju Baru Maharaja dikarang oleh Hans Christian Andersen iaitu seorang
       pengarang buku cerita kanak-kanak yang terkemuka di dunia dan berasal dari Denmark.
11.  Gunung Klimanjaro ialah Gunung yang tertinggi di Afrika.
12.   Hari Komanwel ialah pada 15 Mei setiap tahun.
13.   Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak Ingin orang lain lakukan kepada Anda adalah kata-kata hikmat yang diucapkan
        oleh seorang ahli falsafah dunia yang terkenal iaitu Kung Fu Tze.
14.   Bahasa Rasmi bagi Sri Lanka ialah Bahasa Sinhala.
15.   Matawang Thailand ialah Baht

No comments:

Post a Comment